Sunday, February 23, 2014
Browse Manual »
Wiring »
ahli
»
dokong
»
lbgt
»
parlimen
»
taklimat
»
Taklimat Ahli Parlimen Dokong LBGT

Taklimat Ahli Parlimen Dokong LBGT

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) berasa curiga dengan tujuan serta objektif penganjuran satu sesi taklimat oleh Gabungan NGO Malaysia bagi Proses Semakan Hak Asasi Manusia Sejagat (Comango) untuk beberapa Ahli Parlimen di bangunan Parlimen pada 11 Julai lalu.
Kecurigaan itu timbul kerana PPMM mendapat maklumat sesi taklimat yang dipengerusikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua itu diadakan dengan bersandarkan kepada Deraf Laporan Comango bertarikh 11 Mac 2013 yang dihantar untuk proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).
Naib Presiden PPMM, Azril Mohd. Amin mendakwa, antara isu yang terkandung dalam Deraf Laporan Comango adalah berkaitan Orientasi Seks dan Identiti Gender (SOGI), tuntutan menghapuskan larangan perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), usaha menghapuskan peruntukan berkaitan kesalahan jenayah syariah dan enakmen yang dianggap melanggar “hak peribadi” serta isu tuntutan penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly.
“Oleh itu PPMM meminta Ahli Parlimen beragama Islam yang menghadiri taklimat itu supaya tampil dan mendedahkan isi kandungan taklimat kepada masyarakat awam kerana isu yang ditimbulkan dalam Deraf Laporan Comango menghakis kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan menafikan hak orang Islam dengan cara menampilkan nilai hak asasi manusia barat yang sarat dengan unsur sekularisme, liberalisme serta pluralisme,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Azril turut melahirkan kebimbangan mengenai taklimat yang bersandarkan kepada Deraf Laporan Comango itu kerana giliran Malaysia menjalani proses UPR adalah pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland iaitu semakan terhadap komitmen serta tanggungjawab Malaysia dalam pencapaian hak asasi manusia seperti disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan Malaysia tidak tunduk terhadap sebarang tuntutan songsang yang wujud atas nama hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan yang dinyatakan dalam Deraf Laporan Comango tersebut kerana ia dipelopori golongan sekular dan liberal barat yang menyanjung kehidupan tanpa agama dan bebas seperti yang diamalkan di Barat.
Beliau memberi contoh terdapat sebanyak 14 negara dengan yang terkini New Zealand membuat keputusan mengizinkan dan mengiktiraf perkahwinan sesama jenis akibat penghapusan undang-undang yang melarang perlakuan LGBT.
Justeru beliau meminta kerajaan Malaysia berwaspada dan tidak tunduk pada tekanan pelobi LGBT kerana golongan itu sangat bergantung pada Prinsip-Prinsip Yogyakarta 2006 dan proses UPR untuk mendapatkan hak songsang mereka di negara ini.
“Negara jiran seperti Thailand, usaha-usaha telah dimulakan kearah mewujudkan undang-undang bagi mengizinkan dan mengiktiraf perkahwinan sejenis. Dalam hal ini, Malaysia perlu mengambil iktibar Singapura yang menolak usaha mengisytiharkan undang-undang anti-liwat sebagai lapuk.
“Adalah amat dikesali Ahli Parlimen beragama Islam yang hadir semasa sesi taklimat itu tidak berterus terang dengan rakyat tentang tuntutan-tuntutan berbahaya yang telah ditimbulkan dalam Deraf Laporan Comango yang bertentangan dengan aspek keagamaan,” ujarnya.
Menurutnya, sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui sistem demokrasi, mereka perlu bersikap telus dan berani dalam menyatakan perkara yang bertentangan dengan teras aqidah, syariah dan akhlaq umat Islam serta keluruhan moral masyarakat Malaysia secara umumnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment