Saturday, February 15, 2014
Browse Manual »
Wiring »
gagal
»
sekat
»
tiket
»
ulat
»
Gagal sekat ulat tiket

Beliau berkata, pengalaman hampir serupa ketika Pahang menentang JDT sebelum ini seharusnya menjadi pengajaran kepada pengurusan PBNP namun masalah serupa terus berlaku hingga menimbulkan kemarahan peminat.
Gagal sekat ulat tiket
Kuantan: “Saya tiba di stadium kira-kira jam 8 malam bersama anak saya dan sebaik tiba, saya dapati semua pintu masuk sudah berkunci sedangkan terdapat kira-kira 2,000 penyokong masih lagi berada di luar,” kata peminat tegar skuad Tok Gajah yang hanya mahu dikenali sebagai Kamli.
Menurutnya, perkara itu amat dikesali kerana dia membeli enam tiket tempat duduk terbuka berwarna merah jambu dan satu tiket tambahan berwarna biru berharga RM12 setiap satu dari pejabat PBNP di Jalan Bukit Ubi, di sini.
“Saya terkilan dengan apa yang terjadi kerana perkara ini tidak seharusnya berlaku sekiranya PBNP mengambil langkah awal terutama membabitkan jumlah tiket yang sepatutnya diedarkan kepada penyokong.
“Ketika berada di luar stadium saya bertemu dengan ramai penonton yang senasib dengan saya, mereka menganggap apa yang berlaku adalah satu permainan terancang PBNP yang tidak seharusnya berlaku,” katanya.

PENYOKONG berasak ketika dapatkan tiket Pahang menentang Sarawak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment