Friday, February 28, 2014

Panas! Jimmy Shanley Akan Sumbat Bekas Isteri Ke Penjara

Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimi atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania.


Akhbar Kosmo! melaporkan Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 32, menfailkan permohonan itu melalui peguam syarie, Mohd Noor Azian Md. Idrus di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Mahkamah Tinggi pada 8 April lalu memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya.
Jimmy bagaimanapun memberitahu masih gagal mendapat hak tersebut dan kecewa apabila tiga kali cubaannya mengambil anak tunggalnya itu untuk bermalam bersama tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila.
“Apabila saya hendak ambil anak ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara.
“Saya juga telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara itu,” katanya.
Mohd Noor Azian turut memberitahu, Nursuhaila telah menfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah dan kes itu akan disebut pada Khamis (esok).
Pada 8 April lalu, Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan memberikan hak penjagaan penuh anak perempuan tunggal mereka itu kepada Nursuhaila.
Nursuhaila selaku plaintif memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy mengemukakan bantahan berhubung kelayakan bekas isterinya itu untuk menjaga anak mereka.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012. KOSMO
ReadFull Article ..

Thursday, February 27, 2014

WOW! 7 Cara Yang Professional supaya Kekasih Mahu KAHWIN!

Bro Razzi yakin, ramai among girls nowadays SUDAH memiliki kekasih, sudah berpunya la kan. Tetapi, Im sure too that, ramai yang facing this problem…dimana, ‘Kekasih tidak mahu kahwin lagi’ right? ;)
Sedangkan MASA tidak menyebelahi anda, ibubapa semakin menekan, kawan-kawan lain hampir semua sudah kahwin. TAPI kekasih anda masih lagi berbagai-bagai alasan…
“Sabarlah, kalau ada rezeki ada lah tu”
“I memang nak sangat kahwin dengan you tapi, belum masanya lagi”
“Kita masih muda lagi, nanti kita kahwin lah”

Well, time after time…reason dan reason lagi…by the moment you realised it. You dah out of the league. Umur dah terlebih dari umur ‘anak dara’, nak cari yang lain…mungkin duda tua atau suami orang yang berumur that interested dengan you. Kekasih sendiri semakin dingin, masih beralasan untuk tidak kahwin, tidak mahu komitmen!
One thing about girls : mereka selalu nak tunjukkan dia setia, dia adalah milik kekasihnya seorang…dan sanggup berkorban apa saja. Well, itu memang bagus, tapi situasi itu BEGITU JELAS, you adalah miliknya!!…so, buat apa nak kahwin lagi? Dia takkan rasa nak kahwin punya…because you ‘dah jadi miliknya’ hehe…
One thing about man : girls kena faham… Lelaki mahu merasa ‘THRILL bila bercinta’ …mereka mahu rasa ‘Satu perasaan yang menggetarkan jiwa atau menggeletar badan’  yang boleh membuatkan mereka rasa susah dapat, rasa geram, rasa tercabar, rasa ragu-ragu…baru thrill, baru excited, barulah rasa takut kehilangan, so barulah dia rasa mahu kahwin!… ;)
KALAU TIDAK…girl itu akan dianggap NOTHING, TAK MENARIK, MEMBOSANKAN, …bila kekasih rasa sebegini, do you think that he still wants to marries you ke? hehe, rasa bro love lah hmm…tak lah kut kan?
SO, apa tindakan anda? Apa yang anda mahu lakukan? Bagaimakah caranya untuk membuat kekasih MAHU KAHWIN? Brother Love ada 7 cara untuk all of you girls give it a shot :
Cara 1 : Berhenti dating! Asyik berkepit je hehe… Im sure you mesti hari-hari nak berjumpa boyfriend kan? Ok…kat sini paling penting, stop dating for a good reason, maybe sebab nak pergi grooming class? Atau kelas tae kwan do ke, atau sebab you enroll gym and nak look fit, or maybe go for a flying class ke…so you looked cool, and buat dia rasa gabra sikit! :)
Cara 2 : Decide untuk mencari pekerjaan jauh darinya, luar negeri, luar negara ke…just be away. WHY? Well, kalau boyfriend you tanya, just jawab yang you nak kenal negeri orang dan kenal orang-orang luar dan orang baru… hihihi
Cara 3 : Fokus lebih kepada hidup anda sendiri dan lupakan akan kehidupan kekasih anda. Concentrate apa yang anda ingin capai selama ini, letakkan beberapa gold atau impian yang sekian lama anda lupakan. I mean it ni…bukan main-main, bukan saja-saja nak test kekasih you okay. Do it, and meant it!
Cara 4 : Hentikan ucapan cinta – Im very sure too, you girls asyik duk cakap I love youuuuuu je kan. “Abang lah yang terbaik, abang lah yang tersayang, you lah nyawa I”….ADOI Beb, ngantuk la wei.
Cara 5 : Plan masa depan anda sendiri, TANPA dia. – Control masa depan anda sendiri, holiday anda, where to go, what to do. Rancangkan perbelanjaan anda sendiri untuk hari ini, minggu depan, tahun depan dan sampai bila-bila. Jangan biarkan dia membuat keputusan untuk anda beb, be strong, tegas dan berdiri atas kaki sendiri!
Cara 6 : Tunjukkan anda juga mempunyai kawan-kawan lelaki yang lain. Jangan tunjuk yang hidup anda, …anda hanya kenal seorang lelaki sahaja…dan lelaki itu adalah kekasih anda. Alamak beb :lol: lelaki akan pasti merasakan anda tersangat lemah, membosankan, dan too easy to handle kalau cam tu…
Cara 7 :  Akhir sekali, jujur dengan boyfriend you…cakap kat dia…you akan lakukan semua ini, kerana you lihat yang dia masih belum ready untuk berkahwin. You sayangkan dia tetapi…jika dia tidak serius, well time for both of you to move on.
Di sini, you boleh lihat keputusannya, atau jawapannya. It can be good or even worst. It can make him terus nak kahwin dengan you atau…you dapat lihat, yang sebenarnya dia tak mahu berkahwin. But at least, you tahu sekarang, you tahu where you guys at…daripada tertanya-tanya what will happen, right?
TAPI one thing for sure, kalau you lakukan semua cara-cara ini, atau something yang macam ni, Effect dia : Kekasih you akan mulai risau, gabra, runsing kat you di rampas orang lantas akan lebih menghormati anda, akan takut kehilangan anda dan merasakan anda bukan wanita yang boleh dipermainkan.
Perasaan ragu-ragu juga mulai muncul di dalam diri kekasih you, apabila you lebih focus dan concentrate on yourself, kekasih you pasti akan merasakan hilang perhatian dari you, and definately, MULAI RASA TERCABAR. That makes him felt thrilling beb…and hopefully and probably mahu cepat kahwin! Good Luck ;)

www.razzirahman.com
ReadFull Article ..

Wednesday, February 26, 2014

Diana Amir Kecewa TV Masih Dedahkan Auratnya


Diana Amir Kecewa TV Masih Dedahkan Auratnya
Diana Amir Kecewa TV Masih Dedahkan Auratnya - KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara, Diana Amir, meluahkan rasa kecewanya apabila terdapat sesetengah stesen televisyen menayangkan drama mahupun filem lakonannya sebelum bertudung yang dikiranya mengaibkan.
Memetik kenyataan Kosmo!, Diana memberitahu kenyataan itu tidak hanya untuk dirinya sendiri malah secara tidak langsung pelakon Aku Masih Dara itu mewakili juga rakan artis lain yang sudah berhijab.
“Saya menyarankan supaya stesen TV menghentikan tayangan filem-filem lama saya serta beberapa pelakon lain yang sudah berhijab sekarang. Fikirkan juga kebajikan kami yang sudah berubah.
“Ramai juga peminat yang mengadu mengenai kekerapan tayangan filem-filem lama saya sebelum saya berhijrah. Memang itu kesalahan saya tapi kalau boleh tayangkan filem-filem lain yang masih banyak dalam pasaran kita,” katanya.
Malah, menurut Diana, dia bakal merujuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan lain, pelakon kelahiran Birmingham, England ini dikhabarkan sedang sibuk mengacarakan program SIS (Semangat Intelek Swadaya) di saluran TV9.
Untuk tugasannya itu dia bakal ke Jepun pada bulan Februari serta Switzerland bulan berikutnya.
Mengubat kerinduan peminatnya, sebuah telefilem berjudul Kerana Dia bakal disiarkan pada 1 Februari ini di saluran TV Al-Hijrah serta cerekarama Musang Tak Berjanggut menyusul selepas itu menghiasi slot Cerekarama TV3. – MyNewsHub
ReadFull Article ..

Tuesday, February 25, 2014

Inilah Tampilan Baru Logo Microsoft Bing

Inilah Tampilan Baru Logo Microsoft Bing

Setelah sebelumnya beberapa perusahaan seperti YouTube dan Yahoo mengganti logo mereka, giliran Microsoft Bing yang mengganti logo.

Logo Mircrosoft Bing yang sebelumnya cukup gendut, sekarang berubah menjadi lebih ramping, serta mengikuti tren flat design.

Logo baru tersebut menggunakan sentuhan Microsoft, seperti memotong sudut pada huruf b yang mencerminkan t dari logo Microsoft.

Warna yang diambil untuk logo baru Microsotft Bing tersebut pun diambil dari warna kuning pada logo bagian bawah kanan logo Microsoft.

Font yang digunakan bersaal dari font Segoe, yang dipilih oleh desainer dan kreatif di Microsoft untuk menciptakan tampilan baru yang sederhana, efisien dan indah.

Inilah Tampilan Baru Logo Microsoft Bing
Logo Lama
Inilah Tampilan Baru Logo Microsoft Bing
Logo Baru

Bagaimana pendapat Anda tentang desain logo baru tersebut?
ReadFull Article ..

Monday, February 24, 2014

Isteri saya dunia akhirat

Wartawan Sinar Harian
5 September 2012
Mohd Majdi Abd Hamid
Orang ramai melihat keadaan peragut yang berjaya ditahan.
BEDONG – Niat seorang lelaki membantu mangsa ragut bertukar tragedi apabila dia maut selepas dua hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana kecederaan parah di kepala akibat hentakan kuat.

Mangsa, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, sempat menarik beg tangan yang berada dalam genggaman suspek dan berlaku pergelutan sebelum terjatuh.
Akibat hentakan kuat, Mohd Majdi mengalami kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri manakala seorang suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian sementara seorang lagi rakannya melarikan diri.

Selepas dua hari mendapatkan rawatan, Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam.
Mengimbau kejadian itu, dua peragut berpura-pura sedang minum di sebuah kedai dekat pekan Bedong sebelum meragut beg mangsa yang juga pengunjung di kedai makan terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, suspek yang dikatakan seorang anggota tentera bersama seorang lagi rakan sedang minum sambil memerhatikan mangsa.
Selepas menghabiskan minuman, kedua-dua suspek terus menghidupkan enjin motosikal sebelum sempat mencapai beg tangan milik seorang wanita.
Difahamkan, ketika cubaan untuk melarikan diri, jalan raya ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api melintas.

Kedua-dua suspek kemudian berpatah balik sebelum sempat dihalang pengunjung kedai makan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Arwah suka menolong orang
“Sepanjang tujuh tahun berkahwin, dia tidak pernah ungkapkan perkataan itu, namun malam sebelum kejadian dia ada memberitahu bahawa saya adalah isterinya dunia dan akhirat,” kata isteri Mohd Majdi.
Nor Baizura Rohim, 30, berkata, allahyarham suaminya seorang yang mudah simpati kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan suka menolong orang tanpa mengira bangsa dan agama.
Penolong Pegawai Anti Dadah, di C&C Rehab Center Kampung Selamat, Seberang Perai Utara itu berkata, dia tidak menyangka kata-kata itu merupakan petanda ajal suaminya yang juga bertugas sebagai Penolong

Pegawai Anti Dadah di Klinik C&C 1Malaysia, Karangan.
“Kalau boleh, saya tidak mahu memikirkan bagaimana ia berlaku. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian ini dan menerimanya sebagai takdir ALLAH SWT,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga yang tinggal di Bandar Utama, Sungai Petani berkunjung ke rumah ibu Nor Baizura dekat Kampung Baru, Bedong.

Jatuh ketika tarik beg
Sebelum kejadian, katanya, arwah keluar dengan anak kedua, Nur Asma Nuha, 5, tanpa memberitahu ingin minum di sebuah kedai makan dekat Pekan Bedong kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
“Bagaimanapun, ada orang kampung yang nampak kejadian datang memberitahu motosikal milik adik yang dinaiki arwah terlibat dalam kemalangan.
“Apabila saya sampai di tempat kejadian, arwah sudah tidak sedarkan diri dan saya difahamkan akibat terjatuh ketika ingin menarik beg ragut dari penjenayah dalam keadaan motosikal suspek sedang bergerak,” katanya.

Allahyarham Mohd Majdi yang koma sejak kejadian tersebut kerana kecederaan parah di bahagian kepala dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Baru, Bedong selepas solat Asar.
Hasil perkongsian hidup bersama Nor Baizura selama tujuh tahun, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Atip Naufal, 6, Nur Asma Nuha, 5, dan Nahiz Nahfiz, 2.
ReadFull Article ..

Sunday, February 23, 2014

Taklimat Ahli Parlimen Dokong LBGT


KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) berasa curiga dengan tujuan serta objektif penganjuran satu sesi taklimat oleh Gabungan NGO Malaysia bagi Proses Semakan Hak Asasi Manusia Sejagat (Comango) untuk beberapa Ahli Parlimen di bangunan Parlimen pada 11 Julai lalu.

Kecurigaan itu timbul kerana PPMM mendapat maklumat sesi taklimat yang dipengerusikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua itu diadakan dengan bersandarkan kepada Deraf Laporan Comango bertarikh 11 Mac 2013 yang dihantar untuk proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).

Naib Presiden PPMM, Azril Mohd. Amin mendakwa, antara isu yang terkandung dalam Deraf Laporan Comango adalah berkaitan Orientasi Seks dan Identiti Gender (SOGI), tuntutan menghapuskan larangan perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), usaha menghapuskan peruntukan berkaitan kesalahan jenayah syariah dan enakmen yang dianggap melanggar “hak peribadi” serta isu tuntutan penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly.

“Oleh itu PPMM meminta Ahli Parlimen beragama Islam yang menghadiri taklimat itu supaya tampil dan mendedahkan isi kandungan taklimat kepada masyarakat awam kerana isu yang ditimbulkan dalam Deraf Laporan Comango menghakis kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan menafikan hak orang Islam dengan cara menampilkan nilai hak asasi manusia barat yang sarat dengan unsur sekularisme, liberalisme serta pluralisme,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azril turut melahirkan kebimbangan mengenai taklimat yang bersandarkan kepada Deraf Laporan Comango itu kerana giliran Malaysia menjalani proses UPR adalah pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland iaitu semakan terhadap komitmen serta tanggungjawab Malaysia dalam pencapaian hak asasi manusia seperti disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan Malaysia tidak tunduk terhadap sebarang tuntutan songsang yang wujud atas nama hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan yang dinyatakan dalam Deraf Laporan Comango tersebut kerana ia dipelopori golongan sekular dan liberal barat yang menyanjung kehidupan tanpa agama dan bebas seperti yang diamalkan di Barat.

Beliau memberi contoh terdapat sebanyak 14 negara dengan yang terkini New Zealand membuat keputusan mengizinkan dan mengiktiraf perkahwinan sesama jenis akibat penghapusan undang-undang yang melarang perlakuan LGBT.

Justeru beliau meminta kerajaan Malaysia berwaspada dan tidak tunduk pada tekanan pelobi LGBT kerana golongan itu sangat bergantung pada Prinsip-Prinsip Yogyakarta 2006 dan proses UPR untuk mendapatkan hak songsang mereka di negara ini.

“Negara jiran seperti Thailand, usaha-usaha telah dimulakan kearah mewujudkan undang-undang bagi mengizinkan dan mengiktiraf perkahwinan sejenis. Dalam hal ini, Malaysia perlu mengambil iktibar Singapura yang menolak usaha mengisytiharkan undang-undang anti-liwat sebagai lapuk.

“Adalah amat dikesali Ahli Parlimen beragama Islam yang hadir semasa sesi taklimat itu tidak berterus terang dengan rakyat tentang tuntutan-tuntutan berbahaya yang telah ditimbulkan dalam Deraf Laporan Comango yang bertentangan dengan aspek keagamaan,” ujarnya.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui sistem demokrasi, mereka perlu bersikap telus dan berani dalam menyatakan perkara yang bertentangan dengan teras aqidah, syariah dan akhlaq umat Islam serta keluruhan moral masyarakat Malaysia secara umumnya.
ReadFull Article ..

Saturday, February 22, 2014

Inilah Wajah Sebenar Muhdalena…

Inilah Wajah Sebenar ‘Pahlawan’ Muhdalena...


Pada 9 Julai lalu, negara kita gempar dengan kejadian amukan di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya di sini, kira-kira jam 2.30 petang.
Dalam kejadian itu, dua orang individu yang tidak dikenali mencuba bertindak ganas sambil mengacu sebilah pedang ke arah seorang anggota polis yang sedang bertugas.
Salah seorang individu yang terlibat dalam amukan itu adalah seorang wanita, Muhdalena Ahmad.
Dia cedera selepas terkena tembakan di peha kanannya dalam kejadian itu.
Pada pembacaan pertuduhannya yang pertama, Muhdalena hadir ke mahkamah dengan memakai topeng ‘power rangers’ dan tidak mendedahkan wajahnya.
Namun, hari ini, Muhdalena telah mendedahkan wajahnya kepada umum selepas Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Muhdalena diperintah ke hospital sakit jiwa.
Inilah wajah sebenar Muhdalena yang menganggap dirinya pahlawan sedia bertempur di medan perang…
ReadFull Article ..

Friday, February 21, 2014

Hotel Pemain Inggris Disatroni Maling

VIVAnews - Nasib apes terus membuntuti timnas Inggris di Piala Dunia 2010. Sudah tersingkir di Piala Dunia 2010, para pemain Inggris kembali dibuat gigit jari akibat tempat hotel mereka menginap dibobol maling.

Menurut pihak kepolisian, pelakunya adalah sejumlah karyawan hotel tempat pemain Inggris menginap yang menguras harta benda mereka.

“Semua tinjauan curian disembunyikan pelaku, dan mereka sekarang sudah berada di balik jeruji besi,” ujar juru bicara kepolisian Rustenburg, Junior Metsi.

Metsi menambahkan, pelaku pencurian adalah karyawan cleaning service hotel mewah tempat pemain menginap. Pelaku sepertinya lebih tertarik kepada souvenir yang didapat pemain. Sebab, uang yang dicuri hanya berjumlah sekitar $750.

Menurut pihak kepolisian, pelaku mengambil jersey Amerika Serikat, medali yang diterima pemain Inggris dari FIFA, dan bahkan hingga ke celana dalam pemain. Kubu Inggris baru melaporkan hari ini atas peristwa yang terjadi pada 21 Juni lalu.

Namun Metsi enggan mengungkapkan nama-nama pemain yang menjadi korban pencurian tersebut.

Pada hari ini, pengadilan khusus Piala Dunia telah memvonis lima karyawan hotel atas perbuatan mereka mencuri harta benda milik pesepakbola. Para pencuri ini dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun, dan denda hingga $800. (Goal)
• VIVAnews
ReadFull Article ..

Wednesday, February 19, 2014

Pelik !! Anak Babi Ini Lahir Mirip Seperti Seekor Anak Gajah Di China


Anak babi aneh ini dilahirkan oleh induknya mirip gajah. Anak babi aneh ini mempunyai belalai seperti seekor gajah. China, Seekor babi melahirkan anak yang mirip gajah, lengkap dengan belalainya. Keanehan ini serta-merta menyebar ke segala penjuru dan orang pun berduyun-duyun datang untuk melihat keanehan itu.

Bayi babi itu bertubuh mulus, tetapi anehnya, telinganya lebar dan berbelalai. Sosok anak babi ini justru lebih mirip gajah kecil. Bayi babi ini lahir di ladang milik Li. Sekali melahirkan, babi biasanya melahirkan tujuh bayi.

Kejadian pada saat itu aneh kerana salah satu anak babi yang terlahir itu ketara seperti anak gajah. Setelah ditimbang, beratnya mencapai 1,000 gram. Tapi, anak babi gajah ini, tak dapat bertahan hidup kerana tidak ada susu. Ia hanya bertahan sembilan jam.
ReadFull Article ..

Tuesday, February 18, 2014

Kepala Wanita Ini Menembus Kaca Depan keretanya

     1 Ogos 2013 
(Foto) Kepala Wanita Ini Menembus Kaca Depan Mobilnya, Tapi Ia Selamat
 
(Foto) Kepala Wanita Ini Menembus Kaca Depan keretanya, Tapi Ia Selamat   
 
 





Seorang wanita selamat dari maut setelah kepalanya menembus kaca kereta ketika mengalami kemalangan yang serius. Akibat menembus kaca kereta tersebut maka wajah sang wanita malang itu mengalami cedera parah.

Peristiwa yang terjadi pada hari Rabu, 17 Julai 2013 di Guangxi, China, itu diakibatkan kerana   van yang dipandu wanita tersebut melanggar bahagian belakang sebuah truk. Wanita yang saat memandu keretanya tidak mengenakan tali pinggang keselamatan  , terhempas ke arah depan, menghantam serta menembus kaca depan keretanya.


Sungguh mengerikan. Namun wanita ini selamat

Pasukan keselamatan bertinjauan menyelamatkan wanita tersebut dengan memperbesar lubang pada kaca kereta sehingga kepala wanita tersebut dapat ditarik.

 (The Sun)
ReadFull Article ..

Monday, February 17, 2014

Kedhaifan Hospital Dawood Di Afghanistan 17 Gambar


Damnnnnnnn

Not safe for orang yang tidak gemar melihat kesengasaraan manusia. Mari kita melawat Hospital Tentera Dawood yang dibina oleh tentera USA di Kabul. Hospital ini dibina supaya menjadi paragon kepada hospital-hospital yang bakal dibina di seluruh Afghanistan. Ianya sebahagian daripada cara pihak USA untuk "memenangi hati dan minda" rakyat Afghan selepas jatuhnya kerajaan pimpinan Taliban.

Malang sekali bagi rakyat Afghanistan apabila seorang whistleblower di dalam pihak tentera USA menyebarkan keadaan sebenar di dalam hospital ini. Ubat yang diberikan kepada pesakit kebanyakkan sudah luput. Tahap penjagaan pesakit juga sadis dengan luka pesakit tidak dibersihkan sehingga bernanah dan berulat. Pihak Tentera USA cuba menyembunyikan keadaan sadis di Hospital Dawood ini dari pengetahuan umum. Ini adalah bagi menjaga air muka tentera US yang memberikan dana bagi memastikan hospital ini diuruskan dengan baik. Nampaknya seperti ada korupsi dan dana yang diberikan bagi pengurusan hospital ini dilesapkan.

Nasib baik di USA tak ada OSA yang mengharamkan orang awam menunjukkan kebenaran! Yeah!










Laporan asal BlogSerius
ReadFull Article ..

Sunday, February 16, 2014

MALAYSIA Satelit Mikro Kedua RazakSAT 2 Dilancar 2015

Satelit Mikro Kedua, RazakSAT-2 Dilancar 2015


KUALA LUMPUR – Malaysia bakal mempunyai sebuah lagi satelit penderiaan jauh bagi memantau permukaan bumi iaitu RazakSAT-2 yang dijadual dilancar pada 2015.
Ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Mustafa Din Subari berkata program pembangunan RazakSAT-2 dimulakan awal tahun ini dan dijangka mengambil masa selama kira-kira dua tahun lebih untuk disiapkan.
“RazakSAT-2 akan siap sama ada pada penghujung 2014 atau awal 2015 dan merupakan satelit ‘remote sensing’ yang boleh memberikan imej beresolusi tinggi kepada pengguna imej satelit di dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-19 Planetarium Negara di sini, hari ini berkata RazakSAT-2 dibangunkan oleh Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) yang merupakan syarikat perintis dalam pembangunan satelit di Malaysia.
ATSB juga adalah syarikat yang membangunkan program satelit mikro pertama negara, RazakSAT yang telah dilancarkan empat tahun lepas.
Ditanya di mana satelit itu akan dilancar, Mustafa berkata lokasi pelancaran belum ditetapkan dan hanya akan diputus selepas RazakSAT-2 siap.
Pada 9 September 2011, media melaporkan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus mengumumkan kelulusan peruntukan siling RM200 juta khusus bagi meningkatkan program pembangunan satelit negara, dengan menggerakkan program lima tahun RazakSAT-2. Beliau berkata RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancar pada 14 Julai 2009 dan skop teknologi pembangunan RazakSAt-2 adalah untuk menaik taraf keupayaan sistem terutama dari segi perisian dan peralatan satelit.
Satelit penderiaan jauh pertama negara, RazakSAT dilancar di Kwajalein Atoll, Republik Marshall Islands menerusi kenderaan pelancar, Falcon 1 yang dikendalikan Space Explortion Technologies Amerika (SpaceX).
RazakSAT yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein adalah seberat 180 kilogram dan merupakan satelit penderiaan jauh pertama yang mengorbit Khatulistiwa.
RazakSAT membawa kamera resolusi tinggi yang merakam imej dari angkasa untuk pelbagai aplikasi seperti pertanian tepat, memeta lanskap, pencegahan bencana, rancangan rangkaian jalan dan bandar, yang memberi manfaat kepada Malaysia dan negara lain di sekitar garisan Khatulistiwa. – BERNAMA
ReadFull Article ..

Saturday, February 15, 2014

Gagal sekat ulat tiket

Kuantan: “Saya tiba di stadium kira-kira jam 8 malam bersama anak saya dan sebaik tiba, saya dapati semua pintu masuk sudah berkunci sedangkan terdapat kira-kira 2,000 penyokong masih lagi berada di luar,” kata peminat tegar skuad Tok Gajah yang hanya mahu dikenali sebagai Kamli.

Menurutnya, perkara itu amat dikesali kerana dia membeli enam tiket tempat duduk terbuka berwarna merah jambu dan satu tiket tambahan berwarna biru berharga RM12 setiap satu dari pejabat PBNP di Jalan Bukit Ubi, di sini.

“Saya terkilan dengan apa yang terjadi kerana perkara ini tidak seharusnya berlaku sekiranya PBNP mengambil langkah awal terutama membabitkan jumlah tiket yang sepatutnya diedarkan kepada penyokong.

“Ketika berada di luar stadium saya bertemu dengan ramai penonton yang senasib dengan saya, mereka menganggap apa yang berlaku adalah satu permainan terancang PBNP yang tidak seharusnya berlaku,” katanya.

PENYOKONG berasak ketika dapatkan tiket Pahang menentang Sarawak.

Beliau berkata, pengalaman hampir serupa ketika Pahang menentang JDT sebelum ini seharusnya menjadi pengajaran kepada pengurusan PBNP namun masalah serupa terus berlaku hingga menimbulkan kemarahan peminat.
ReadFull Article ..

Friday, February 14, 2014

Lima Negara Wisata Termahal di Dunia

 
 
AKIBAT krisis ekonomi di beberapa negara, wisata menjadi sesuatu yang mahal. Meskipun agen-agen perjalanan memberikan promosi dan diskon, beberapa negara masih dikategorikan mahal karena butuh biaya banyak untuk mengunjunginya.
Negara apa sajakah yang termasuk mahal tersebut? Berikut ulasannya, seperti dikutip Forbes):
 
Singapura
Ketika Amerika Serikat dan Eropa sedang bertempur dengan krisis ekonomi, finansial di Singapura justru melambung tinggi. Menurut laporan USB Prices and Earnings, negara ini menempati urutan ke-10 sebagai negara termahal dilihat dari harga rata-rata kamar hotel yang mencapai USD204 per malamnya. Meski masih banyak ditemukan hotel bertarif murah, wisatawan sebaiknya tidak terlalu banyak berharap.
 
Toronto, Kanada
Biasanya, Kota Toronto menjadi pilihan wisata warga Amerika Serikat yang tinggal di dekat perbatasan Amerika dengan Kanada karena nilai tukar di Kanada sangat bernilai. Namun kini, harga dolar Kanada meningkat dan rata-rata harga kamar di Toronto mencapai USD133 per malam. Dalam tinjauan laporan Prices and Earnings, Toronto juga menjadi negara dengan wisata termahal, dari peringkat ke-31 di 2009 menjadi peringkat 9 pada 2011.
 
Helsinki, Finlandia
Tahun lalu, secara relatif krisis ekonomi di Eropa belum memengaruhi Finlandia. Namun pada awal tahun ini, sebuah laporan keuangan melaporkan bahwa akhirnya krisi ekonomi sampai di Finlandia, dengan menyusutnya pendapatan kotor negara ini dari 1,8 persen menjadi 0,4 persen. Bisa dipastikan bahwabackpackers untuk sementara akan menjauhi negara dengan rata-rata harga kamar hotel mencapai USD163 per malam ini.
 
Tokyo, Jepang
Seperti Singapura, Jepang juga terhindar dari krisis ekonomi yang melanda Amerika Serikat dan Eropa. Namun hal ini tidak membuat harga kota ini menjadi semakin murah, apalagi dengan adanya gempa besar pada 2011 dan awal 2012. Harga-harga wisata menjadi meningkat karena pemerintah perlu dana untuk membenahi negaranya. Harga rata-rata kamar hotel di Tokyo, Jepang, adalah USD163 per malam.
 
Jenewa, Swiss
Swiss bertinjauan menaklukan krisis Eropa. Mata uang Swiss, Franc, bertahan lebih kuat dari Euro sepanjang resesi dan penduduk Kota Jenewa diperkuat dengan rata-rata gaji yang tinggi. Hal ini membuat tingkat kehidupan di Swiss semakin tinggi, harga-harga barang dan tujuan wisata menjadi mahal. Harga rata-rata kamar hotel di Swiss mencapai USD268 per malamnya.
 
sumber
ReadFull Article ..

Thursday, February 13, 2014

Tips Menyamarkan Suara Kentut

Berikut ini adalah beberapa tips untuk menyamarkan bunyi kentut.
Jadi kalau anda sudah ga kuat nahan, udah kebelet bisa pake cara-cara seperti dibawah ini :
unic77.info

1. Pura-pura dorong meja
Saat anda kebelet ingin kentut. Anda bisa mencari sebuah meja didekat anda. Kalau bisa sih carinya yang rada berat. Kenapa? karena pertama meja yang berat bisa menimbulkan suara yang keras bila didorong yang kedua bisa melatih otot tangan anda agar semakin kuat. Jadi kalau anda sering kentut, otot anda bisa sekalian terlatih.Nah, saat anda temukan meja coba dorong meja itu pas sekali saat anda mengeluarkan kentut. Jadinya suara kentut anda bisa tersamarkan oleh suara gesekan antara meja dengan lantai. Untuk pengaturan timing yang tepat bisa anda latih sendiri di rumah, disaat waktu senggang. PERHATIAN ! Tips ini jangan dipakai apabila bunyi kentut anda tidak berbunyi “pret” namun “tiuuuuut”2. Teknik bersin ala ninja
Teknik ini sangatlah rahasia. Teknik sudah dipraktekan sejak ribuan tahun yang lalu oleh para ninja-ninja dan tetap menjadi rahasia setidaknya sebelum anda membaca artikel ini. Teknik bersin ala ninja ini pertama kali dipraktekkan oleh kaisar ajinomoto (tanpa bermaksud menyebutkan merek tertentu) kaisar ketiga saat masa keemasan klan ninja hokage. Baiklah, itu sejarahnya tadi tapi bagaimana caranya? Saat anda mau kentut anda bisa mengambil benang atau bulu apapun dari baju atau rambut juga bisa. kemudian benang tersebut dipakai untuk menggelitiki hidung anda, tahan rasa geli sampai waktu yang ditunggu-tunggu itu datang . bersinlah tepat disaat anda mengeluarkan kentut. Bunyi bersin yang keras sangat dianjurkan. Bahkan kaisar Ajinomoto mencontohkan bersin yang sangat keras hingga posisi badannya menjadi nungging, niscaya kentut pun akan semakin mudah dan menyenangkan.
3. Pura-pura memperagakan sulap didepan teman anda
Mungkin saat anda mau kentut anda sedang berada ditengah-tengah teman anda. Wah gawat tuh, kalau kentut bisa langsung tiba-tiba dijauhin. Gini caranya, anda bisa berkata pada teman anda, ” Eh aku punya alat musik baru . . . nih liat yah “. Lalu anda menyelipkan tangan anda diantara ketiak anda lalu gerak-gerakkan tangan layaknya burung lagi terbang. saat tangan dikepit, keluarkan kentut anda. Anda bisa berimprovisasi dengan membuat nada-nada “indah”. Sehingga teman anda lebih fokus ke musiknya daripada bunyinya gitu. Tentunya, memilih audience yang tepat adalah penting ! karena ga semua orang bisa tertipu dengan cara ini kalau temen-temen punya tips yang lebih baik bisa di share.

sumber: http://all-mistery.blogspot.com/2010/06/tips-menyamarkan-suara-kentut.html
ReadFull Article ..

Wednesday, February 12, 2014

Video Emma Maembong Dan Johan As’ari Jadi ‘Gila’ Sekejap!


SIAPA yang mengikuti perkembangan pelakon jelita, Emma Maembong pasti sudah masak dengan sikap ‘happy go lucky’ dan gila-gilanya yang kerap ditunjukkan melalui rakaman video di laman sosialnya.

Terbaru, videonya bersama pelakon, Johan As’ari sedang menari ‘gila-gila’ telah dimuat turun di Instagram miliknya kira-kira dua minggu lalu dan kini mula tersebar di laman YouTube.

Melalui ‘caption’ yang disertakan pada video tersebut, Emma menjelaskan bahawa rakaman itu diambil sewaktu penggambaran telefilem ‘Satu Hari di Hari Raya’ yang disiarkan pada Aidilfitri yang lalu.

“Ini cara kami nak lepaskan penat. Haha,” katanya melalui laman tersebut.

Video itu ternyata mendapat respon positif dari para peminat yang sudah sedia maklum akan perangai lucu Emma.

Mungkinkah rakaman ini pula yang akan menjadi sensasi selepas video ‘Emma Maembong Mengamuk ‘ dulu?




Oleh: ELZA
ReadFull Article ..

Tuesday, February 11, 2014

Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang

Harakahdaily, 27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya, kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengtinjauankan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu.

“Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  mengtinjauankan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan.

Kami berpandangan tanggungjawab asasi sesebuah kerajaan ialah untuk memastikan pendidikan rakyat disempurnakan dengan kaedah yang tidak membebankan dan tidak mengikat seseorang anak muda  dengan hutang sebelum mendapat pekerjaan.

Adalah silap besar apabila polisi yang digunapakai untuk memberi peluang anak muda melalui pendidikan tinggi pada kali pertama, sistem hutang diperkenalkan.

Sememangnya kos untuk menampung pendidikan tidak dapat dielakkan namun kami mempersoalkan komersialisasi pendidikan dan membenarkan pendidikan menjadi suatu industri mengaut keuntungan telah menyebabkan penyebaran dan menuntut ilmu menjadi suatu yang sangat mahal dan membebankan.

Lantaran itu mereka yang majoriti tidak berkemampuan terpaksa berhutang di awal usia muda walaupun belum sempat untuk mendapat sebarang pekerjaan.

Kami mengambil perhatian peningkatan kos hidup akan menambah beban generasi muda yang terikat dengan hutang PTPTN berpotensi mengurangkan kualiti hidup rakyat apabila wang baki pendapatan untuk dibelanja (take home pay) menjadi sangat sedikit apabila pendapatan yang tidak menentu terpaksa menanggung pembayaran hutang.

Alasan bahawa pendidikan pengajian tinggi adalah suatu urusan yang melibatkan kos tinggi bukan alasan yang boleh diterima apabila banyak pembaziran dalam pengurusan lain berlaku di depan mata rakyat.

Sebenarnya jika ada sektor yang seharusnya diturunkan kos malah diringankan beban rakyat, kami berpendapat sektor pendidikanlah yang sepatutnya dijadikan sektor tumpuan.

Malangnya pihak kerajaan masih tidak melihat strategi jangka panjang untuk memberi ruang seluasnya kepada rakyat untuk mendapat pendidikan yang murah dan tidak perlu dibebankan dengan hutang.

Kami berpendapat membuka ruang rakyat mengilmukan diri masing-masing dengan perbelanjaan yang paling murah adalah strategi jangka panjang yang berkesan berdasarkan pengalaman banyak negara maju.

Kami tidak faham kenapa segala aspek pendidikan negara dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi harus mengelami peningkatan kos. Melainkan kerana salah perancangan, unjuran yang tidak tepat, salah laku dalam perbelanjaan dan membenarkan perubahan sistem pendidikan yang menelan kos yang tinggi, sepatutnya kos pendidikan tidak seharusnya meningkat.

PTPTN pada dasarnya adalah untuk menampung kos pendidikan yang perlu dibayar oleh pelajar. Akan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah akar iaitu kenapa pendidikan harus menjadi sektor yang terlalu terdedah kepada perbelanjaan yang tinggi.

Kami bersetuju supaya PTPTN perlu disemak semula sama ada ia perlu dimansuhkan atau tidak.

Penilaian  untuk menentukan semada PTPTN sebenarnya meningkatkan kelancaran dan kualiti pendidikan atau di sebaliknya perlu dilaksanakan.

Kajian sama ada hutang yang terbeban kepada seorang pelajar yang terpaksa ditanggung dalam keadaan mereka belum mendapat kerja, menjejaskan kualiti hidup rakyat keseluruhannya atau tidak.
ReadFull Article ..

Monday, February 10, 2014

Rozita Bakal Kahwin Ahli Perniagaan November Ini



http://i.imgur.com/eCmfJ.jpg
Ini bukan pertama kali gossip timbul berkaitan Rozita Che Wan yang di’katakan akan berkahwin. Boleh kata setiap suku tahun pasti timbul gossip sebegini. Heh.
Terbaru, Harian Metro melaporkan yang pelakon sensasi ini di’katakan sudah bersetuju untuk menamatkan zaman solo’nya pada November 2012 ini.
Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Rozita Che Wan ini di’khabarkan bernama Bob, seorang ahli perniagaan yang menetap & mempunyai empayar sendiri di Johor.
Mereka di’khabarkan sudah lama berkenalan dan Bob sendiri sudah lama melamar Rozita Che Wan namun kini baru aktress ini bersetuju untuk terus berkahwin.
Kalau benarlah seperti yang di’khabarkan, nampaknya tercapai impian Rozita Che Wan untuk mengahwini seorang jejaka yang berharta — muda & kacak itu belum tahu. Heh.
Sumber : Roti Kaya
ReadFull Article ..

Sunday, February 9, 2014

Lelaki Mati Terjun Tingkat 22

Maut

Georgetown – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan ngeri apabila terjun dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Jalan Vetenari, Jelutong, di sini. semalam.
Kejadian jam 5 petang itu mengejutkan beberapa penduduk yang berehat di rumah sejurus terdengar dentuman kuat di kawasan parkir motosikal pangsapuri berkenaan.
Menurut sumber, polis menerima panggilan kecemasan yang menyatakan seorang lelaki maut selepas terjun dari pangsapuri berkenaan.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, kami dapati mayat mangsa ditemui tertiarap dengan keadaan ngeri di kawasan parkir itu.
“Mangsa yang maut itu berseluar pendek berkotak hitam serta memakai baju-T merah dan identiti sebenar mangsa belum diketahui termasuk punca kejadian,” katanya. –Harian Metro
ReadFull Article ..

Saturday, February 8, 2014

4 Anggota Polis Malaysia Jadi Tebusan

Tebusan


Jamalul Kiram III mendakwa pihaknya menahan empat pegawai polis Malaysia semasa pertempuran di Semporna yang turut menyebabkan kematian lima anggota polis, semalam.
Jamalul Kiram membuat dakwaan itu ketika sidang media yang diadakan di Kota Taguig, di mana mereka turut menafikan mengarah pengikut membuat serangan balas terhadap polis Malaysia, lapor wartawan Divine Caraecle untuk Radio dzBB.
Selain itu, Sultan Sulu itu mendakwa turut tidak menyuruh pengikutnya untuk menahan tebusan-tebusan tersebut.
Lewat petang semalam, seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, seperti disahkan oleh kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut sebarang penahanan anggotanya oleh kumpulan Jamalul Kiram.
Sebaliknya menurut Ismail, pihaknya kini sedang memburu 10 penceroboh, di mana tiga daripada mereka bersenjata dan memakai pakaian kelengkapan tentera.
Polis juga kini sedang meneliti sekiranya kejadian yang berlaku di Semporna dan Kunak ada berhubung kait dengan kes di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengorbankan dua pejuang negara kita, Jumaat lalu.
Setakat ini, polis menahan tiga penceroboh yang bersenjatakan pisau yang dilihat cuba untuk mengelak kawalan keselamatan di sekitar Kampung Tanduo, semalam.
Sementara itu melalui The Star, dua anggota polis yang terbunuh di Kampung Seri Jaya Siminul telah dikenalpasti sebagai seorang yang berpangkat superintendan dan sarjan.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, seorang lagi anggota polis dan seorang penduduk di situ telah tercedera akibat insiden semalam.
Pihaknya juga akan menyiasat sama ada kumpulan penyerang itu ada hubung kait dengan penceroboh bersenjata yang mendakwa mereka adalah tentera Kesultanan Sulu yang berpangkalan di Filipina.
Sebilangan besar penduduk juga dilihat sudah bersedia untuk meninggalkan kampung halaman mereka setelah kampung mereka kecoh dengan pertempuran yang berlaku semalam.
“Kami telah diarahkan untuk berkurung di rumah atau hanya boleh meninggalkan rumah sekiranya pihak penceroboh sudah berjaya ditawan oleh pihak berkuasa kita,” kata salah seorang penduduk yang ditemubual oleh pihak media. (Sumber: BM, GMA News)
ReadFull Article ..

Friday, February 7, 2014

Mesir Lepas Bom Pemedih Mata Lalu Tembak Di Kepala

Sepang: “Saya sempat melihat seorang lelaki Mesir meronta-ronta terkena gas pemedih mata sebelum seorang tentera menghampiri dan menembaknya tepat di kepala,” kata Azka Rafi’uddin Ramli, 20, antara kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, petang semalam.

Azka bersama lima pelajar yang tiba jam 6.36 petang semalam dengan pesawat Egypt Air disambut Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan di balai ketibaan antarabangsa bersama beberapa pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengulas detik ngeri itu, Azka berkata ketika itu dia dalam bas mini selepas menghantar rakan di pekan Zargazig, Kaherah, sebelum bertembung sekumpulan lelaki yang memegang poster Presiden Mesir Mohamed Mursi.

“Saya nampak lelaki berusia 30-an parah ditembak di kepala sebelum beberapa rakannya segera mengusung mangsa masuk ambulans.

KAMALANATHAN (dua dari kiri) menyambut kepulangan pelajar dari Mesir, semalam.

“Saya tidak menyangka melihat sendiri kejadian ngeri itu. Selepas itu, bas yang kami naiki terhalang dengan rusuhan besar-besaran. Kami hanya sampai ke kediaman di universiti beberapa jam kemudian,” kata pelajar tahun pertama Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar.
ReadFull Article ..

Thursday, February 6, 2014

Obses Dengan Pamela Sanggup Habis RM87 Ribu


Kerana obses dengan fizikal dan tubuh badan pelakon seksi Pamela Anderson, seorang wanita bernama Carolyn sanggup berhabisan sebanyak RM87,000 semata-mata ingin kelihatan seperti idolanya itu.

Wang yang dibelanjakan itu dihabiskan dengan melakukan pembedahan membesarkan payu dara, suntikan di bibir serta suntikan menggelapkan kulit.

Model yang berasal dari Merseyside, United Kingdom ini menyatakan dia ketagih untuk menjadi seperti Anderson yang sememangnya menjadi idolanya semenjak kecil.

“Saya membesar dengan Baywatch dan merasakan dia sangat cantik. Jadi saya berasa teruja untuk kelihatan sepertinya,” ujarnya.



Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Wednesday, February 5, 2014

Budak Oku Cantik Hampir Dirogol

ALOR GAJAH: Seorang remaja kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun cedera parah selepas nekad terjun dari sebuah kereta bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol di sebuah taman perumahan di Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa, Maysharah Mohd Zahar yang mengalami masalah kaki pengkar bersama seorang lagi rakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari pekan Kuala Sungai Baru, di sini, sebelum motosikal Yamaha Sport yang dinaiki mereka kehabisan minyak.
Menurut sumber, menyedari motosikal kehabisan minyak, mangsa dan rakan menolak motosikal sejauh 200 meter sebelum didatangi sebuah kereta jenis Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an menawar bagi menumpangkan mereka.
“Ketika itu, mangsa melihat ada seorang remaja perempuan dalam kereta berkenaan dan bersetuju untuk menumpang berikutan jarak rumah dengan lokasi hanya kira-kira 500 meter,” katanya.
Menurutnya, sebaik saja mangsa masuk dalam kereta, lelaki itu memecut kenderaan meninggalkan rakan mangsa yang sedang mengunci motosikal.
“Di dalam kereta, lelaki terbabit membuka topik lucah sehingga mangsa ketakutan,” katanya, semalam.
Sumber berkata, panik dengan kejadian itu, mangsa cuba membuka pintu kereta namun gagal sebelum bertindak menurunkan tingkap belakang kiri dan jerit meminta tolong.
“Bagaimanapun, ketika itu laluan berkenaan lengang dan lelaki terbabit bertindak memecut memotong tiga buah treler ketika melalui jalan bersimpang siur. Mangsa kemudian memberanikan diri keluarkan kepala dan separuh badan dari tingkap kereta itu sambil meronta-ronta.
“Dalam keadaan kereta terhoyong-hayang, mangsa nekad terjun dari kereta menerusi tingkap sebelum tercampak ke tengah jalan raya, manakala lelaki terbabit memecut keretanya hingga terbabas,” katanya.
Mangsa yang cedera parah hampir keseluruhan badan dirujuk ke Hospital Alor Gajah dan menerima 12 jahitan di kepala sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya hari sama.
Sementara itu, ibu mangsa, Rasnah Abd Ghani, 50, berkata, ekoran kejadian itu, anak kesembilan dari sepuluh beradik itu trauma dan kerap meraung dan menangis.
“Kadang kala, apabila terlelap, secara tiba-tiba dia merintih sakit dan berkata, ‘nak balik rumah’ dan ‘tolong saya’ berulang kali,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditahan di pekan Kuala Sungai Baru, kira-kira 5 petang kelmarin.
“Suspek kini direman empat hari bermula semalam (kelmarin) dan kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” katanya-Sinar Harian
ReadFull Article ..