Sunday, March 16, 2014
Jangan sekat pengundi balik mengundi Tian Chua
SPR jangan sekat pengundi balik mengundi- Tian Chua
Pengundi Malaysia di luar negara berhasrat balik untuk mengundi adalah perkara yang patut digalakkan, syarikat penerbangan Malaysia pun melancarkan pakej istimewa untuk menggalakkan mereka pulang ke tanah air untuk mengundi mulai hari ini.
Sebaliknya, Suruhan Pilihan Raya (SPR) pula menghadkan cara pengundi balik mengundi, malah memberi “amaran” agar kerajaan Singapura jangan campur tangan dalam perihal kerajaan Malaysia.
Namun, SPR memberi had kepada pengundi yang berada di luar negara, tidak benarkan kereta luar negara membawa pengundi balik mengundi. Adakah SPR bercadang melarang semua pesawat membawa pengundi balik Malaysia?
Menurut laporan Sin Chew Daily , Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar minta Kementerian Luar Negeri menyiasat kereta Singapura yang membawa pengundi balik mengundi pada hari undi.
Beliau juga meminta pihak Singapura memberi perhatian terhadap perkara ini, agar kerajaan Singapura menghormati Malaysia, untuk mengelakkan berlakunya persoalan orang luar campur tangan perihal dalam kerajaan.
Surat khabar Cina Singapura turut melaporkan berita ini. Kenyataan SPR tidak masuk akal, kereta Singapura membawa pengundi balik tidak ada kena-mengena dengan hubungan antara negara, Kementerian Luar Negeri tidak perlu buat apa-apa siasatan.
Pada masa ini, SPR seharusnya memastikan PRU-13 berjalan lancar, memastikan ia demokrasi, bersih, adil dan saksama.
Persoalan tentang orang luar campur tangan perihal dalam negeri atau tidak, bukan masalah SPR.
SPR patut beri perhatian terhadap isu pendatang luar jadi pengundi di Sabah, atau pun pengundi hantu. Bagaimana pengundi balik mengundi, itu adalah kebebasan peribadi rakyat.
TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/Saturday, March 15, 2014
Gambar Cara Pelajar China Pesta Lepas Habis Exam
Pelajar-pelajar di sekolah ini nampaknya memutuskan bahawa nota yang baik diambil dan bahan bertulis yang lain telah tidak lagi diperlukan selepas peperiksaan mereka. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk membuangnya. Tetapi tidak ke dalam tong sampah. Penuh semangat muda hidup dan sihat.








ReadFull Article ..








Sumber: http://www.rileksantai.com/2012/05/gambar-cara-pelajar-china-pesta-lepas.html
Friday, March 14, 2014
MB Selangor Tiada Roh Sukan’ – Pemuda PAS

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Selangor membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana meminta pemuda PAS Selangor supaya membuat pilihan sama ada mahu mendapat peruntukan besar untuk pembinaan masjid atau pembangunan bola sepak negeri.
Timbalan Ketua DPP Selangor, Mohd. Sany Hamzan berkata, kenyataan Khalid tersebut dibuat tidak mengambil kira hujah DPP Selangor berkenaan kepentingan sukan bola sepak sebagai sukan teras yang menjadi kegemaran majoriti rakyat Selangor.
Beliau yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Besar tersebut turut menyifatkan Khalid telah terlalu lama dikelilingi oleh ‘roh simpanan tetap berbilion-bilion (ringgit)’ hingga hilang perasaan terhadap ‘roh sukan’ yang dijiwai segenap rakyat negeri itu.
“DPP Selangor berasa terkilan dengan kenyataan itu. Cabaran meminta Pemuda PAS Selangor memilih sama ada untuk menggalakkan bolasepak atau membina masjid sebagai tidak adil kerana kedua-duanya adalah perkara berbeza.
“Keperluan masjid sememangnya diperlukan untuk perkembangan agama dan kerohanian rakyat Selangor manakala sukan bola sepak adalah salah satu acara sukan yang boleh membina kesihatan fizikal dan sebagai alat perpaduan rakyat Selangor terutam dalam kalangan generasi muda,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Mohd. Sany berkata, DPP Selangor meminta kerajaan Selangor membuat pertimbangan yang wajar terhadap isu bola sepak Selangor sebagai kesinambungan pemerkasaan agenda sukan bola sepak negeri itu.
Beliau turut meminta Menteri Besar Selangor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Selangor (FAS) merombak semula kepimpinan FAS dan menggantikan dengan muka baharu yang lebih progresif dan efisien untuk menyelamatkan maruah pasukan “The Red Giants”.
Selain itu, katanya, pihak pengurusan FAS juga diminta menarik penaja-penaja baharu yang boleh membantu untuk mengembalikan kegemilangan skuad bola sepak Selangor.
“DPP Selangor berharap sebagaimana Tan Sri bijak memerintah Selangor begitulah kebijakan yang diharapkan terhadap beliau ddalam memimpin FAS dan skuad bola sepak negeri,” katanya lagi.
Menteri Besar Selangor semalam meminta DPP Selangor membuat pilihan antara “masjid atau bola” berikutan kritikan yang dilemparkan oleh DPP Selangor berhubunga kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI).
Mynewshub.my semalam malaporkan Mohd. Sany menggesa MBI memberi penajaan yang lebih besar kepada pasukan bola sepak Selangor bagi memastikan beberapa tunggak utama pasukan tersebut tidak dirampas oleh pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Beliau dipetik berkata, desas-desus pasukan Selangor terpaksa melepaskan beberapa pemain utama pasukan itu untuk menyertai JDT ekoran penajaan yang tidak mencukupi untuk musim akan datang sebagai episod sedih dan malang bagi perkembangan bola sepak negeri.
“Kegagalan pihak penaja terutama MBI untuk menyalurkan penajaan yang lebih baik akan menyebabkan pemain berbakat Selangor berhijrah kepada pasukan yang akan menawarkan imbuhan lebih tinggi sehingga menyebabkan pasukan Selangor yang pernah menjadi gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya pada masa akan datang,’ kata Mohd. Sany.
Thursday, March 13, 2014
Gambar Syurga yang Terhempas Badai Haiyan
- Rabu, 13 November 2013
Inilah penampakan Pulau Guiuan yang berada di tenggara Pulau Samar, Filipina, setelah dihempas badai Haiyan, Selasa (12/11/2013). | Dok CNN.com
GUIUAN, KOMPAS.com — Berlokasi di Filipina berhadapan langsung dengan Samudra Pasifik, Guiuan selama ini dikenal sebagai "syurga" tropis. Di lokasi tersebut bertebaran perkemahan para peselancar dan resor, sementara pantai putih bersih terbentang.
Namun, itu semua gambaran sebelum Guiuan dihempas badai Haiyan, dan tak berbekas. Pulau yang semula ibarat "syurga" ini berada di tenggara Pulau Samar.
Ketika badai Haiyan tiba di pulau ini, kecepatan topan itu diperkirakan mencapai 315 kilometer sejam. Hembusan angin yang menyertainya berkecepatan 380 kilomete sejam.
Oleh kerananya, bangunan pun runtuh, pohon palem rebah, semuanya menjadi kubangan raksasa. Kehancuran yang tak memberikan harapan pun terbentang hari ini. "Semuanya hilang."
Komunikasi terputus total dari Pulau Guiuan. Keperluan dasar untuk mereka yang selamat dari Haiyan tak kunjung tiba. Ini terasa sampai akhirnya, Selasa (12/11/2013), pesawat kargo C-130 tentera terbang di atas pulau tersebut dan bertinjauan mendarat di sela-sela runtuhan sebuah lapanagan terbang kecil.
Datuk Bandar Guiuan Christopher Gonzales mengatakan, hampir semua penduduknya, sekitar 50,000 orang, kini adalah tunawisma. Semua yang pernah mereka miliki lenyap bersama Haiyan.
"Jika anda melihat kota kami, ini kerosakan total. Kerosakan 100 peratus," ujar Gonzales. Tentera Filipina yang ada di lambung C-130 pun tak membuang waktu membongkar muatan, begitu pesawat mendarat di Guiuan.
Ketika sebahagian tentera menurunkan logistik yang dibawa, sebahagian yang lain turut dalam operasi pencarian dan penyelamatan mangsa. Pencarian mangsa meninggal di wilayah ini masih jauh dari tuntas.
Sekitar setengah jam setelah mendarat, C-130 kembali mengudara. Kali ini beban mereka berganti dengan warga Guiuan yang terluka oleh badai.
Namun, itu semua gambaran sebelum Guiuan dihempas badai Haiyan, dan tak berbekas. Pulau yang semula ibarat "syurga" ini berada di tenggara Pulau Samar.
Ketika badai Haiyan tiba di pulau ini, kecepatan topan itu diperkirakan mencapai 315 kilometer sejam. Hembusan angin yang menyertainya berkecepatan 380 kilomete sejam.
Oleh kerananya, bangunan pun runtuh, pohon palem rebah, semuanya menjadi kubangan raksasa. Kehancuran yang tak memberikan harapan pun terbentang hari ini. "Semuanya hilang."
Komunikasi terputus total dari Pulau Guiuan. Keperluan dasar untuk mereka yang selamat dari Haiyan tak kunjung tiba. Ini terasa sampai akhirnya, Selasa (12/11/2013), pesawat kargo C-130 tentera terbang di atas pulau tersebut dan bertinjauan mendarat di sela-sela runtuhan sebuah lapanagan terbang kecil.
Datuk Bandar Guiuan Christopher Gonzales mengatakan, hampir semua penduduknya, sekitar 50,000 orang, kini adalah tunawisma. Semua yang pernah mereka miliki lenyap bersama Haiyan.
"Jika anda melihat kota kami, ini kerosakan total. Kerosakan 100 peratus," ujar Gonzales. Tentera Filipina yang ada di lambung C-130 pun tak membuang waktu membongkar muatan, begitu pesawat mendarat di Guiuan.
Ketika sebahagian tentera menurunkan logistik yang dibawa, sebahagian yang lain turut dalam operasi pencarian dan penyelamatan mangsa. Pencarian mangsa meninggal di wilayah ini masih jauh dari tuntas.
Sekitar setengah jam setelah mendarat, C-130 kembali mengudara. Kali ini beban mereka berganti dengan warga Guiuan yang terluka oleh badai.
Sumber : CNN.com
Wednesday, March 12, 2014
Matt Sorum Kahwini Adriane ‘Ace’ Harper

BEKAS pemain dram kumpulan Guns N’ Roses dan Velver Revolver, Matt Sorum akhirnya rasmi bernikah dengan penyanyi yang juga merupakan tunangnya, Adriane ‘Ace’ Harper.
Menurut laporan US Magazine, pasangan itu dinikahkan di Palm Springs, California dengan disaksikan ramai selebriti popular.
Antaranya yang hadir termasuklah Steven Tyler, Jane Lynch, John Stamos, Dave Navarro dan teman Sorum ketika di Guns N’ Roses, Duff McKagan dan Slash.
Pada majlis itu, Sorum memakai tuksedo rekaan pereka fesyen popular John Varvatos yang juga menghadiri majlis tersebut.
Adriane merupakan penyanyi juga penari dan pernah berkerja dengan selebriti popular seperti Jennifer Lopez dan Pink.
Bagaimanapun Sorum dan Adriane kini bergabung dalam sebuah band yang dipanggil Diamond Baby.- mStar
Tuesday, March 11, 2014
Wanita Dakwa Cuba Dirogol Budak Lelaki 13 Tahun!
Semalam di Melaka, seorang wanita Cina mendakwa hampir dirogol oleh seorang budak lelaki yang umurnya terlalu muda iaitu 13 tahun.
Dakwaan itu disebarkan melalui akaun Facebook miliknya dan ia mula viral petang ini.
Ketika kejadian, dia mendakwa sedang berada di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.
Dengan tidak semena-mena, pintu bilik airnya ditolak oleh budak lelaki tersebut dan dia cuba melakukan perkara yang tidak senonoh.
(BACA: Takkan 7 Hari Nak Pulih Bekalan Air?)
Wanita itu mendakwa melawan tindakan budak lelaki tersebut dan berjaya diselamatkan oleh pekerja stesen minyak itu.
Wanita itu juga meluahkan rasa sedih kerana selepas kejadian itu berlaku, dia telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tetapi dia mendakwa tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak polis.
Setiap kejadian itu diceritakan oleh wanita berkenaan dalam laman Facebooknya sendiri.
Berikut adalah tulisan wanita itu:
“Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers..
“After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..
“And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid….,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime…please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is XXXXXX (Mykad : 0****XXXX****). Address: XXXXXXXXXXXXX..” (X- Mynewshub sendiri memadamkan data-data ini)
“This is another front photo of the boy that tries to rape me yesterday.. He looks and act slumber.. Moreover, he tell lies that he is looking for his ‘adik’ at the toilet (the truth is , he is the youngest in the family)..And i got the info that his dad is a *** staff and his mom is a TEACHER.. how Shameful is this!!!!! A son of a Teacher can have such insane acts..! Now, family background doesnt matter, age doesnt matter, location doesnt matter, and time doesnt matter when it comes to crime..”
“This is how the police station welcomes me when i was there at around 8.30 night on new yr eve… No one was at the counter to assist me ( my 1st thought.. Did all the police went for new yr eve countdown celebration??) .. I have to find the way myself to the respective sergeant to do further interview.. Another sad part, the very 1st question that the lady officer ask me is
Lady officer: U tak dapat lawan dia ke??”..
Myself: kalau i tak lawan, i dah habis kena rogol..
Lady officer: tak mungkin la.. Dia budak kecil, lagipun itu tempat awam..
See, this is how our police handle cases..they take things easily.. And when i make my statement, she had it typed wrongly, and i ask for amendment.. All she said is “i sudah key in la, tak boleh nak tukar”.. But of cos i insist asking for amendment..and out of her frustration she said ” i kasi u tukar sampai u puas hati”..
Sad sad sad.. I will have more encounters with these people till the case is close.. God pls be with me all the time..”
Begitulah insiden cemas yang menimpa wanita itu.
Semoga dengan kejadian yang berlaku terhadap dirinya dapat dijadikan sebagai pengajaran buat para wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati tidak kira di mana pun kita berada.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: Facebook
**Dalam isu ini, Mynewshub tidak menyebelahi sesiapa tetapi harus ketengahkan satu perkara, soalan-soalan yang ditanya polis berkenaan kepada wanita itu adalah sesuatu yang normal. Kalau kes ini ke mahkamah, pihak peguam atau pendakwa raya akan turut menimbulkan persoalan-persoalan yang sama. Adalah tidak lojik jika polis berkenaan hanya membatukan diri dan mengambil sahaja laporan berkenaan tanpa sebarang usul periksa.
Dan apakah hak wanita itu untuk menyiarkan nombor kad pengenalan, gambar dan alamat kanak-kanak berkenaan. Akta Kanak-kanak 2001 – Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.
Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Dan kanak-kanak ini juga perlu disiasat sepenuhnya (termasuk keadaan mental) kerana jika benar dakwaan wanita itu, simpang malaikat kita tidak mahu ada anggota masyarakat seperti ini (walaupun masih muda) bergerak bebas di kalangan kita.
Monday, March 10, 2014
Lahad Datu Edisi BERAPI dari Sabahkini TKO

Tahukah anda?
SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan Lanun (Mundu) yang kononnya tentera Sultan Sulu sehingga Kampung Tanduo menjadi Medan Perang; gara-gara kebijaksanaan Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan Reverse Take Over sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.
Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya Warga Penyu termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.
Ahmad yang mempunyai akal kancil memang Pakar Bom terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA menceroboh tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.
Ahmad menjadikan Penjara Air Panas Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.
Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.
Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi tinjauan daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.
Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.
FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.
Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada tinjauan kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap Tamak dan Haloba sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.
Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.
Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu peha; bahkan yang berada di celah peha meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.
Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku Koleksi Sabah serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.
Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa bom ikan; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.
Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.
Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan bertinjauan dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar Tanah Adat; malah keseluruhan tanah FELDA.
Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.
Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung lawatan mengejut saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.
Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik Gertak Keling Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.
Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka Golongan Sultan Oportunis mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.
Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Sulu yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui Ruma Bichara (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.
Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan Diplomatik Reverse Take Over dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.
Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.
Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya Tentera Sulu yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.
Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan Tentera Sultan Sulu ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.
Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.
Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.
Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.
Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan kecanggihan satelit di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi Pusu yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.
Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.
Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi kependekan akal pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau Tentera Sultan Sulu; sedangkan pada hakikatnya hanyalah Tentera Upahan Ahmad Malandi @ Mat Bom.
Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja Tentera yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.
Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.
Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai Tentera Sultan Sulu yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.
Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.
Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.
Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap Drama Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!
Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan kemaluan yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang Pintomen serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.
Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh Janji Terang Bulan Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!
Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.
(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan Drama yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)
Sumber: Sabahkini.net
Sunday, March 9, 2014
David Luiz Ingin Hadapi Spanyol
Piala Konfederasi
David Luiz Ingin Hadapi Spanyol
Dean Mouhtaropoulos/Getty Images
Rio de Janeiro - David Luiz menganggap timnas Spanyol adalah yang terhebat saat ini. Bek Brasil itu berharap akan bisa menghadapi La Furia Roja di turnamen Piala Konfederasi.
A Seleccao membuka kiprahnya dengan kemenangan meyakinkan atas Jepang 3-0 pada akhir pekan lalu. Sedangkan juara Eropa dan dunia tersebut mengalahkan Uruguay 2-1.
Dengan tinjauan tersebut, Brasil dan Spanyol berpeluang besar lolos ke semifinal. Itu artinya, kedua tim bisa saja saling melawan di babak semifinal maupun final.
"Aku rasa kami semua (Brasil) ingin bermain melawan Spanyol. Terutama aku, aku ingin sekali melawan mereka," ucap bek tengah Chelsea itu yang dikutipMarca.
"Timnas Spanyol sedang dalam performa puncak. Mereka memainkan permainan yang dewasa, penuh gaya dan brilian. Mereka juga punya para pemain hebat, banyak yang punya kualitas individu yang baik. Sungguh sebuah tim yang fantastis," puji Luiz.
Sebelum Spanyol, tim tuan rumah akan mencoba memastikan lolos saat berhadapan dengan Meksiko pada Kamis (20/6/2013) dinihari WIB nanti di Estadio Castelao. Pasca kekalahan dari Italia 1-2, El Tricolor butuh kemenangan agar peluangnya lolos tetap terbuka.
"Pertandingan akan sulit dan kami tahu benar mereka akan membuat semuanya sulit bagi kami," lanjut Luiz.
"Ini adalah pertandingan yang sangat penting bagi kami karena sebuah kemenangan akan membuat kami lolos ke babak berikutnya."
A Seleccao membuka kiprahnya dengan kemenangan meyakinkan atas Jepang 3-0 pada akhir pekan lalu. Sedangkan juara Eropa dan dunia tersebut mengalahkan Uruguay 2-1.
Dengan tinjauan tersebut, Brasil dan Spanyol berpeluang besar lolos ke semifinal. Itu artinya, kedua tim bisa saja saling melawan di babak semifinal maupun final.
"Aku rasa kami semua (Brasil) ingin bermain melawan Spanyol. Terutama aku, aku ingin sekali melawan mereka," ucap bek tengah Chelsea itu yang dikutipMarca.
"Timnas Spanyol sedang dalam performa puncak. Mereka memainkan permainan yang dewasa, penuh gaya dan brilian. Mereka juga punya para pemain hebat, banyak yang punya kualitas individu yang baik. Sungguh sebuah tim yang fantastis," puji Luiz.
Sebelum Spanyol, tim tuan rumah akan mencoba memastikan lolos saat berhadapan dengan Meksiko pada Kamis (20/6/2013) dinihari WIB nanti di Estadio Castelao. Pasca kekalahan dari Italia 1-2, El Tricolor butuh kemenangan agar peluangnya lolos tetap terbuka.
"Pertandingan akan sulit dan kami tahu benar mereka akan membuat semuanya sulit bagi kami," lanjut Luiz.
"Ini adalah pertandingan yang sangat penting bagi kami karena sebuah kemenangan akan membuat kami lolos ke babak berikutnya."
Sumber
Saturday, March 8, 2014
janin bayi bersujud ketika diperdengarkan azan

Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dan dapat dilihat perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an.
Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni). Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran.
Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dalam keadaan sujud, seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.
Seorang ibu yang tengah mengandung anaknya sering-seringlah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Semoga kelak menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.
Friday, March 7, 2014
KETAHUI RAHSIA MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Thursday, March 6, 2014
Haramkan Terus Bot Pukat Tunda – CAP

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa langkah menguatkuasakan pengharaman penggunaan pukat tunda bersaiz 38mm tidak akan memberi impak besar dalam menyelamatkan spesies marin dan benih ikan daripada ancaman kepupusan.
Presidennya, S.M.Mohamed Idris sebaliknya mendakwa, kerajaan perlu mengharamkan terus penggunaan bot pukat tunda sekiranya benar-benar mahu mencapai hasrat tersebut.
“Kami tidak mahu hanya saiz mata pukat tunda 38mm ke bawah saja diharamkan penggunaannya tetapi kerajaan mesti mengharamkan penggunaan bot pukat tunda dan menghentikan pengeluaran lesen kepada semua pengusaha bot tersebut di negara ini.
“Sebuah bot pukat tunda yang beroperasi bukan saja memerangkap dan membunuh lebih 60 peratus anak ikan berbagai jenis di perairan negara ini tetapi juga mencemarkan dasar laut dan kawasan pantai serta merosakkan terumbu karang yang menjadi tempat ikan membiak,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media pada 1 September lalu melaporkan kerajaan akan menguatkuasakan penggunaan pukat tunda yang lubang jaringnya melebihi 38mm mulai 1 Nov ini bagi menyelamatkan benih ikan laut daripada pupus.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata, penguatkuasaan itu mengikut Akta Perikanan 1985 dalam usaha memulihara sumber marin di perairan negara ini.
Mengulas lanjut, S.M.Mohamed mendakwa, kegiatan pencerobohan bot pukat tunda di kawasan Zon A, lima batu nautika dari pantai yang gagal dikawal oleh pihak berkuasa sejak 40 tahun lalu turut menyebabkan lebih 50,000 nelayan pantai terjejas sumber pendapatan.
Dakwanya, nelayan pantai mengadu kepada CAP bahawa pendapatan mereka merosot mencecah 70 peratus setiap kali turun ke laut dan kadang-kadang pulang dengan tangan kosong akibat pencerobohan bot pukat tunda.
“Malah ramai juga yang mengalami kerugian kerana pukat mereka musnah dilanggar oleh bot pukat tunda tersebut,” dakwanya.
Beliau turut mendakwa aktiviti bot pukat tunda menyebabkan kira-kira 150 spesies hidupan laut yang menjadi sumber tangkapan nelayan di negara ini diancam kepupusan.
Dakwanya, keadaan menjadi lebih buruk kerana terdapat pengusaha bot pukat tunda mengubahsuai pukat tunda mereka menjadi pukat buaya yang lebih mengancam sumber perikanan.
“Mengikut laporan Perikanan Dunia (World Fish), bekalan ikan di perairan Malaysia menurun antara 80 hingga 90 peratus akibat penggunaan pukat tunda,” dakwanya lagi.
Wednesday, March 5, 2014
Ada usaha dalaman jatuhkan Hadi dakwa menantu
Malaysiakini 01 Ogos 2013
Menantu kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujudnya usaha dalam parti itu untuk menjatuhkan bapa mertuanya sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu.
Zaharudin Muhammad (kanan) yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, beliau berkata terdapat saksi bagi mengesahkan dakwaan yang didakwa bermula sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.
"Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan," katanya sambil turut menepis dakwaan beliau mempengaruhi Hadi, antaranya ketika proses mengeluarkan watikah calon secara kontroversi di Kota Damansara dalam PRU lalu.
"Ini bermaksud, bukan saya punca sebenarnya (di Kota Damansara) dan bukan juga TG presiden, tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan presiden. Itu blind spotnya (titik butanya)."
Pada 27 Julai lalu, memetik sumber PAS Selangor, sebuah portal berita melaporkan Zaharudin mempengaruhi Hadi menandatangani watikah kepada Rizuan Ismail untuk bertanding di Kota Damansara sehingga menyebabkan pertandingan tiga penjuru dengan PSM (yang menggunakan lambang PKR) dan BN.
Menulis di Facebook-nya semalam, Zaharudin bagaimanapun tidak menyebut secara khusus pihak yang didakwa mahu menjatuhkan Hadi, sebaliknya hanya merujuknya sebagai "kumpulan kecil".
Zaharudin tidak menjelaskan bentuk usaha menjatuhkan Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.
Menurut juga menjelaskan beliau "terpaksa menjadi team back-up mempertahankan parti itu dan bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya."
"Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan," katanya sambil turut menepis dakwaan beliau mempengaruhi Hadi, antaranya ketika proses mengeluarkan watikah calon secara kontroversi di Kota Damansara dalam PRU lalu.
"Ini bermaksud, bukan saya punca sebenarnya (di Kota Damansara) dan bukan juga TG presiden, tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan presiden. Itu blind spotnya (titik butanya)."
Pada 27 Julai lalu, memetik sumber PAS Selangor, sebuah portal berita melaporkan Zaharudin mempengaruhi Hadi menandatangani watikah kepada Rizuan Ismail untuk bertanding di Kota Damansara sehingga menyebabkan pertandingan tiga penjuru dengan PSM (yang menggunakan lambang PKR) dan BN.
Zaharudin tidak menjelaskan bentuk usaha menjatuhkan Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.
Menurut juga menjelaskan beliau "terpaksa menjadi team back-up mempertahankan parti itu dan bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya."
Tuesday, March 4, 2014
Artis Wanita Korea Honng Soo Ah Sebelum VS Selepas
Kenal tak pelakon ini? Dia pernah berlakon dalam Non Stop 5, the 101st proposal dan my wife is a gangster.
Sebelum







Monday, March 3, 2014
Lembu pun pandai melintas guna jejantas
Oh! Media
Lembu pun pandai melintas guna jejantas ye zaman sekarang? Mooo!

Sunday, March 2, 2014
Pekerja bank mati ditembak

Mayat mangsa yang ditembak dalam sebuah bank di USJ 2, semalam dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.
"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.
Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.
Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.
Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.
"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.
Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.
"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.
“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.
Saturday, March 1, 2014
Bom Alquran bunuh gubernor Afghanistan
17 Okt 2013
ilustrasi bom bunuh diri.
Badan Intelijen Afganistan (NSD) kelmarin menyampaikan laporan tinjauan penyiasatan awal atas terbunuhnya Gubernor Wilayah Logar Arsala Jamal pada hari Idul Adha dua hari lalu.
Web frontpagemag.com melaporkan, Khamis (17/10), dari laporan itu terungkap Jamal mati kerana ledakan bom yang diletakkan di Alquran, bukan di mikrofon seperti dugaan sebelumnya.
NSD juga merilis sebuah rakaman video gambar Alquran sedang terbakar di dalam masjid. Serangan itu menunjukkan kelompok penyerang tidak menghormati kitab suci umat Islam.
Taliban selama ini sudah pernah melakukan serangan bom yang dipasang di keledai. Mereka juga mulai merekrut anak-anak sebagai pengebom bunuh diri, dan kini mereka menggunakan kitab suci paling berharga bagi muslim.
Jamal meninggal ketika bom meletup semasa dia sedang menyampaikan khutbah perayaan Idul Adha di masjid utama di Ibu Kota Provinsi Logar, Puli Alam.
Juru cakap Arsala, Din Darwesh, mengatakan sekurang-kurangnya 15 orang lainnya cedera akibat letupan itu, dan beberapa orang lainnya dikhabarkan dalam keadaan kritikal.
Din mengatakan serangan itu terjadi di masjid utama di Ibu Kota Wilayah Logar, Puli Alam.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab atas insiden itu.
Wilayah Logar terletak di sebelah timur Afghanistan. Taliban juga semakin mengawal banyak kawasan perkampungan.
Arsala telah diangkat menjadi gubernor pada April lalu, setelah kembali ke Afghanistan dari Kanada. Sebelumnya dia pernah menjabat sebagai gubernor Wilayah host, wilayah lainnya yang juga terletak di sebelah timur Afghanistan.
Serangan ini terjadi hanya beberapa hari setelah penangkapan komandan senior Taliban Pakistan, Latif Mehsud, oleh pasukan Amerika Syarikat. Mehsud dikatakan menjadi orang kepercayaan pemimpin Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud.
Web frontpagemag.com melaporkan, Khamis (17/10), dari laporan itu terungkap Jamal mati kerana ledakan bom yang diletakkan di Alquran, bukan di mikrofon seperti dugaan sebelumnya.
NSD juga merilis sebuah rakaman video gambar Alquran sedang terbakar di dalam masjid. Serangan itu menunjukkan kelompok penyerang tidak menghormati kitab suci umat Islam.
Taliban selama ini sudah pernah melakukan serangan bom yang dipasang di keledai. Mereka juga mulai merekrut anak-anak sebagai pengebom bunuh diri, dan kini mereka menggunakan kitab suci paling berharga bagi muslim.
Jamal meninggal ketika bom meletup semasa dia sedang menyampaikan khutbah perayaan Idul Adha di masjid utama di Ibu Kota Provinsi Logar, Puli Alam.
Juru cakap Arsala, Din Darwesh, mengatakan sekurang-kurangnya 15 orang lainnya cedera akibat letupan itu, dan beberapa orang lainnya dikhabarkan dalam keadaan kritikal.
Din mengatakan serangan itu terjadi di masjid utama di Ibu Kota Wilayah Logar, Puli Alam.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab atas insiden itu.
Wilayah Logar terletak di sebelah timur Afghanistan. Taliban juga semakin mengawal banyak kawasan perkampungan.
Arsala telah diangkat menjadi gubernor pada April lalu, setelah kembali ke Afghanistan dari Kanada. Sebelumnya dia pernah menjabat sebagai gubernor Wilayah host, wilayah lainnya yang juga terletak di sebelah timur Afghanistan.
Serangan ini terjadi hanya beberapa hari setelah penangkapan komandan senior Taliban Pakistan, Latif Mehsud, oleh pasukan Amerika Syarikat. Mehsud dikatakan menjadi orang kepercayaan pemimpin Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud.
Merdeka.com
Subscribe to:
Posts (Atom)