Monday, August 11, 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Posmen Parah Ditetak 2 Lelaki Di Kelantan

Posmen Parah Ditetak 2 Lelaki Di Kelantan


KOTA BHARU – Seorang posmen cedera parah selepas ditetak dua lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kubang Kerian, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata Mohd Al-Hafiz Mustapha, 29, cedera parah di kaki kanan, lengan kanan serta muka dalam kejadian 12.15 malam tadi.

Mohd Al-Hafiz kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya masih tidak stabil berikutan kehilangan banyak darah.

Azham berkata kedua-dua penyerang itu melarikan diri dengan sebuah kereta.

“Motif kejadian dipercayai berhubung masalah perkongsian perniagaan,” katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment